Wednesday, 10 April 2013

Perempuan Belen | Perempuan, Lelaki dan Masyarakat |

ooppsss... (terlebih sudah) bila baca tajuk di atas. Sama ada korang faham atau tidak, tetapi posting kali ini adalah berkenaan dengan 'belen'.. waoohaha.. bukan belon k...

oh yeh, Apa yang di maksudkan dengan 'perempuan belen' ?






sheettttt! banyak kata-kata negatif dilemparkan dan seolah-olah mereka yang dikategorikan sebagai 'belen' ni dah tak de makna apa-apa serta harga diri.Malah, dikatakan bohsia? 

Straight to the point, Belen ni maksudnya gadis yang dah takde dara ataupun dah tak suci lagi. Well, this topic is very sensitif to discuss.. But I'm here today to top up some kind for all girls kat luar sana. How? Zaman semakin berubah beb.. kaum lelaki pun semakin pandai.. pandai beralasan dan pandai mencari pilihan terbaik untuk dijadikan teman, isteri dan sebagainya. So, it is important for all girls to take this serious! Kalau nak tahu, 'virgin' adalah perkara penting yang dititikberatkan oleh sesiapa yang bergelar lelaki.



itu kata permulaan, apa pula kata pertengahan?

Lelaki banyak akan salahkan perempuan belen ni atas alasan,.


'Awak dah tak suci'
'Awak dah pernah terlanjur'
'cermin diri dulu'
'Awak dah serahkan hak saya yang sebenarnya pada orang lain'
'Orang lain dah pernah rasa, tapi saya?'


dan macam-macam lagii...
ouhhhhh.. please la wahai kaum lelaki...
Perempuan belen ada perasaan jugak apatah lagi air mata..


Andai kata itu memang benar salah perempuan itu pada masa lampau ,tapi dia dah bertaubat , tak patut korang lukakan hati dia macam tu.


Andai kata korang pun lelaki yang teringin nak merasa apa yang pernah dia buat dulu, itu korang yang nak menjatuhkan perempuan tu jugak.
Dan sebenarnya korang sendiri tak fikir yang perempuan yang bergelar 'BELEN' ni sebenarnya adalah disebabkan salah orang LELAKI jugak.
Lelaki yang buat perempuaan tu jadi macam tu. Betul tak?

Cuba bayangkan..
Perempuan yang kena rogol...
Bila baca surat khabar kisah rogol, bila orang bercerita tentang dara, bila soalan pasal tu ditanya..
Memang terasa hati diorang.. Kesian kan?
Macam mana diorang nak teruskan hidup diorang kalau kita semua tak faham mereka, kan?
Sepatutnya kita ni membimbing mereka dan melindungi mereka.Semoga mereka banyak kesedaran dan pandai menjaga diri pada masa akan datang
Tak semua belen adalah kerana kesalahan mereka sendiri. Seperti yang aku cakap tadi, sama-sama bersalah pada masa lalu ataupun ianya adalah tidak dirancang. Perempuan mana yang sanggup jadi tak suci? Yang tak reti nak pikir guna otak tu mungkin akan buktikan cinta mereka dengan cara itu. Common la remaja perempuan sekalian... tak perlu pun hal-hal tu..

Perempuan kat Malaysia ni banyak dan dah melebihi lelaki. Lelaki pulak sikit. Tambah-tambah laki yang baik lagilah dah berkurang kat Malaysia ni. Kalaulah lelaki kat Malaysia ni memang memilih, aku rasa gadis-gadis yang betul-betul baik je jadi isteri kepada Mamat-mamat malaysia. Belen-belen? siapa nak? Mat Saleh? 


Well, aku pernah bual-bual dengan member aku bab-bab sensitif macam ni, dan diorang pernah tanya,


'Myrul, kenapa kadang-kadang kau macam support orang-orang yang pernah buat salah seperti penagih, pelacur, pengkid, belen dan sesiapa je yang jahat?'

Aku always support orang-orang macam ni dan aku memang suka support orang yang pernah buat salah sama ada dia sengaja atau tak. Kalau kita tak support diorang, siapa lagi? kalau kita tak support diorang, diorang tetap dengan pemikiran diorang. Kenapa kita perlu menjauhi mereka? kerana jahat dan takut terikut? Bagi aku, takde hal langsung kalau kita bercampur dengan mereka.

Aku ada je member yang pernah amek benda najis tu, pengkid, kaki club, dan yang teruk-teruk. Tapi aku suka je kawan dengan diorang ni. Tak semestinya berkawan tu kita kena ikut dan dipengaruhi oleh diorang. Malah, dengan ni kita mungkin lebih mengenali diorang. Kenapa mereka jadi macam tu? dan ada ke niat mereka nak berubah? semua tu dapat kita leraikan sama-sama.

Tapi masyarakat zaman sekarang semua pentingkan diri, nampak je orang teruk-teruk, semua kutuk-kutuk, pergi jauh-jauh dan tak amek peduli. Sebab tu kejadian tetap berulang dan berulang.


Sama jugak macam pengemis kanak-kanak.Aku pernah tanya seorang budak, 'ayah mana?'

budak tu geleng kepala je. aku tanya lagi, 'duduk mana?' dan dia diam je. lepas tu saja-saja aku tanya, 'nak ikut abang tak?' baru budak tu bersuara dan cakap,'takpelah'
aku memang tak dapat jawapan yang aku nak, namun aku percaya kadang-kadang mereka-mereka kat luar ni tak seperti yang kita fikirkan dan mungkin jugak mereka seperti yang kita fikirkan. kita tak tahu masalah diorang dan kita tak pernah mengenali mereka. 
By the way, aku rasa walaupun kita hidup bermasyarakat, sama ada perempuan belen, pengemis, penagih dadah dan sesiapa pun yang kita lihat, tak perlu lah kita burukkan. Cukuplah sekadar kita sedar dan amek sebagai pengajaran. We need to support them for a long time. Bukannya terus tegur dan sebagainya. Kalau kita prihatin, kita akan rapat dengan diorang untuk kita kenal cara hidup diorang dan supaya keyakinan mereka terhadap kita bercambah. So, itulah cara masyarakat yang prihatin bagi aku.


Sekian :)

No comments:

Post a Comment